SITI NORAINI BINTI PUNIMAN

_MG_1142edited
Assalamualaikum pembuka bicara…..

Saya dikenali sebagai Siti Noraini Binti Puniman.  Lebih mesra dipanggil Aini.  Saya berumur 26 tahun dan merupakan anak kelahiran Padang Tengku, 27100 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.  Saya telah berkahwin dan merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik.  Saya telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Tengku, kemudian meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah Padang Tengku.  Setelah tamat tingkatan 5 saya melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan Dan Teknologi Pejabat di UiTM Kampus Dungun selama 3 tahun.  Setelah mendapatkan segulung diploma saya melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Kesihatan di Uitm Kampus Puncak Alam selama 2 tahun.  Penat lelah saya selama ini telah terbayar apabila saya telah mendapat segulung ijazah pada tahun 2011.

Saya memulakan karier sebagai seorang pendidik bermula pada Februari tahun 2012 di tempat saya menuntut ilmu iaitu Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah Padang Tengku.  Di sini saya telah diberi tanggungjawab dalam mendidik pelajar di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris tingkatan 1 dan juga tingkatan 2.  Selain itu, saya juga diberi tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran Ekonomi Asas tingkatan 4. Jiwa sebagai seorang pendidik jelas tersemat di jiwa saya sejak saya dibangku sekolah lagi.  Hasrat saya ialah ingin mendidik anak bangsa agar menjadi seorang insan yang cemerlang gemilang terbilang selaras dengan wawasan 2020.  Justeru, sebagai seorang pendidik saya perlu mempertingkatkan ilmu yang sedia ada demi meningkatkan kualiti di dalam arena pendidikan Negara.

Leave a comment