SITI NAS AIREEN BT NAZRI

 

 gambar

Nama Diberi Siti Nas Aireen Binti Nazri. Dilahirkan Di Padang Tengku Kuala Lipis, Pahang. Anak Kedua Daripada 7 Orang Adik Beradik. Mendapat Pendidikan Rendah Di Sekolah Kebangsaan Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Kemudian Menyambung Pengajian Ke Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku Selama Lima Tahun. Tamat Tingkatan Lima, Saya Telah Mendapat Tawaran Ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Di Arau Perlis. Belajar Di Sana Selama 2 Tahun. Setelah Tamat Di Matrikulasi, Saya Telah Berjaya Melanjutkan Pelajaran Ke Universiti Utara Malaysia Dalam Bidang Pengurusan Perniagaan Selama 3 Tahun. Kemudian, Saya Telah Memohon Untuk Mengajar Di Sebuah Sekolah Yang Telah Banyak Memberi Kenangan Dalam Hidup Saya. Saya Dapat Mengajar Di Sekolah Tempat Saya Menuntut Ilmu Sebelum Ini Iaitu Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah Padang Tengku Sebagai Guru Bantuan Aspa Atau Kontrak. Saya Sudah Mengajar Di Sana Hampir 3 Tahun.Selama 3 Tahun Ini Saya Telah Diberi Kepercayaan Untuk Mengajar Subjek Sejarah Tingkatan 1, Sejarah Tingkatan 2, Dan Sejarah Tingkatan 3. Mungkin Dari Segi Pengalaman Mengajar Itu Masih Kurang, Namun Bagi Saya Sudah Cukup Untuk Berkongsi Sedikit Sebanyak Ilmu Dengan Para Pelajar. Saya Lebih Suka Mengajar Dengan Berpusatkan Murid. Ini Kerana Pelajar Akan Mendapat Banyak Input Jika Mereka Bekerja Dalam Kumpulan Dan Menyelesaikan Permasalahan, Berbanding Hanya Mendengar Guru Mengajar. Baru-Baru Ini Alhamdulillah Saya Telah Mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dengan Telah Mendapat 100% Dalam Matapelajaran Sejarah PMR Tahun 2012. Kini saya telah mengambil diploma pendidikan dengan UPSI untuk mendapatkan kelayakan ikhtisas agar kehidupan saya lebih terjamin.

Leave a comment